Naik Taraf ke VIP Premium
Sertai VIP Premium untuk menikmati ciri eksklusif
Ketik ikon hadiah di penjuru kanan atas untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri pelan VIP Premium. Terdapat dua pakej yang boleh anda pilih, iaitu pakej prabayar dan langganan bulanan.
Kami menerima kaedah pembayaran berikut.
1. Pakej Prabayar:
Visa, MasterCard, JCB, Google Pay, Alipay (Global)
Kedai Serbaneka, ATM (Taiwan)
2.Langganan Bulanan:
Visa, MasterCard dan JCB (Global) - kad mesti didayakan untuk transaksi e-dagang berulang
Bilakah pelan yang dibeli akan berkuat kuasa?
Jika anda menaik taraf akaun dalam tempoh percubaan, pelan yang dibeli hanya akan berkuat kuasa selepas tempoh percubaan tamat. Walau bagaimanapun, jika anda menaik taraf akaun selepas tempoh percubaan, pelan yang dibeli akan berkuat kuasa serta-merta dan sedia untuk digunakan.
Saya sudah membayar. Mengapa akaun saya belum dinaik taraf?
Jika anda menggunakan aplikasi mudah alih, leret untuk menutupnya dan buka semula. Pada komputer, muat semula halaman. Naik taraf kemudiannya akan berkuat kuasa.